Aku,Nur 'Isma Binti Husoin
dengan ini memutuskan segala pertalian,
perhubungan yg terjalin antara aku dengan kamu,
Muhamad Iffat Bin Jahfan,
pada hari ini,waktu ini dan saat ini..
melalui apa2 sahaja perantaraan dan cara,
sama ada dengan pertemuan secara fizikal
mahupun di alam maya sekalipun..
Disaat melafazkan kata-kata ini,
aku mengakui bahawa aku pernah
dan masih lagi mempunyai perasaan kasih,
sayang dan cinta sehingga ke detik ini,
terhadap kamu
wahai yg bernama Muhamad Iffat Bin Jahfan..
Tetapi kerana cinta yg lebih kuat
di seluruh pelusuk jiwa
terhadap ya-Ghafffur,
maka dengan ketetapan hati dan rela
aku melepaskan segala yg selama ini
aku miliki walhal bukan hakku..
dirimu,jasadmu,hatimu,cintamu dan segala yg punya kamu..
dan juga segala impian yg telah kita bina
dan idam2kan selama ini..
Maafkanlah jika aku ketika ini
telah mengguris hatimu
dengan hakikat yg sebenarnya
tidaklah ia menjadi tujuan aku..
Terimalah ini dengan hati
dan jiwa yg senang
seperti mana aku, pabila menuturkan ia..
Demi Allah,
aku melakukan ini hanya kerana
kazhim dan kadhimah..
kerana Ilahi..
Jika benar kamulah jodoh ku
yg datang dari Yg Maha Berkuasa,
maka jangan khuatir..
kelak pasti jua akan bertemu
dan bersatu dengan ikatan suci di sisi-Nya..
Hanya Dia Yg Lebih Mengetahui..
:)